Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) melakar sejarah apabila melancarkan Anugerah Akademik Tunjang Harapan sekali gus mengiktiraf kejayaan anak-anak pengawal keselamatan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


Presiden PIKM, Datuk Seri Ramli Yusuff berkata, pihaknya berbesar hati dapat menganjurkan anugerah yang pertama kali diadakan itu. “Anugerah ini bertujuan mengiktiraf anak-anak pekerja dan pengawal keselamatan yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019. “Sebanyak 17 pencalonan diterima menerusi 12 syarikat ahli PIKM dan kesemua mereka mendapat anugerah ini,” katanya selepas hadir pada Majlis Anugerah Akademik Tunjang Harapan PIKM di Kelab Shah Alam di sini semalam.


Ramli berkata, anugerah itu juga dapat memberi semangat kepada pengawal keselamatan yang berkhidmat. “Ini menunjukkan komitmen kita dalam memastikan semangat bukan sahaja pengawal keselamatan malah anak dan keluarga mereka terus bersemangat mencapai kecemerlangan. “Selain itu, kita wujudkan anugerah ini sebagai permuafakatan antara ahli selain daripada perkongsian sumber. Saya berharap lebih banyak kejayaan dicapai pada masa akan datang,” katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/66315/BERITA/Nasional/PIKM-iktiraf-kejayaan-anak-pengawal-keselamatan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *